Wednesday, November 24, 2010

Permulaan perjalanan kaedah sukuan sendiri E6S1

Hasil...
Cuba ushar tengok pucuk yang tumbuh tu..itu belum ditibai dengan hormon ..insyallah menyakaq dia naik nanti..cuma aku dok tengah pikiaq macam mana nak aplikasikan hormon dengan cara lebih efisyen..


Saturday, October 30, 2010

Permulaan perjalanan kaedah sukuan sendiri E5S1

Nampaknya teknik Quartering yang menggunakan media canggih tidak berjaya .
Pada dasarnya, baby² tidak sesuai untuk dilakukan sukuan memandangkan daya tahan melawan penyakit masih kurang ..hanya sesuai dilakukan dalam persekitaran aseptik.

Alternatif kedua..

Kaedah konvensional + pemanipulasian Hormon




Boleh nampak dah tunas pada stump...nanti kita cuba sembur atau suntik dengan hormon yang menggalakkan tunas² baru..tobat berjaya sebabnya ini adalah stump yang dewasa.

Tuesday, October 26, 2010

Permulaan perjalanan kaedah sukuan sendiri E4S1



Josapine




Sarawak dan di sebelahnya Bali.
Saja tunjuk "akar"..insyallah akar akan masuk ke dalam media..

Rasanya akar dan pucuk dah tumbuh...

Eksperimen kalini kita cuba tengok tindakbalas hormon IBA dan NAA pada akar dan tunas.

Nampaknya Lembaga Nanas menggunakan media pasir bagi proses ini.
Tapi aku cuba aplikasikan media Tisu didik. Penggunaan PPM digantikan dengan fungisida.
Harap2 tiada kontaminasi pada media dan sample.

Kalau kontaminasi berlaku, alternatif yang menjadi pilihan ialah dengan menggunakan media kompos yang dan pemanipulasian Hormon..apa pon cuba dulu..

Bagi sample tunas, media lebih kepada IBA untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
Bagi sample akar, media lebih kepada NAA untuk menggalakkan pertumbuhan tunas.

"media" - kimia/organik (Biarlah menjadi rahsia komuniti)

Setakat ni ja lah fasa terkini..harap2 membuahkan hasil dan insyallah akan diaplikasikan kepada tumbuhan yang lain..
Semoga tahap aseptik diminimumkan dalam pembenihan pertanian dan menjadikan pertanian lebih mudah dengan kaedah2 baru..

Friday, October 22, 2010

Permulaan perjalanan kaedah sukuan sendiri E3S1

Cara² Sukuan

1. Bahagian "Stump" dari pokok nanas diambil.

2. "Stump" dipotong beberapa bahagian.
- rendam dengan hormon penggalak semalaman.
- rendam dengan air bersih selama beberapa minggu.

3. Direndam dengan "Fungisida"..setelah dilakukan "teknik nyah bakteria".

4. Ditanam ke dalam media taik+hormon penggalak.

5. Jirus dengan baki "Fungisida" rendaman ke atas "Stump dan Media".

Thursday, October 21, 2010

Permulaan perjalanan kaedah sukuan sendiri E2S1


Hasil dari percambahan idea..ingin aku memanipulasikan penggunaan hormon secara kimia atau organik..

Teknik sukuan fasa kedua pula ingin dicuba dengan menambahkan Hormon NAA dengan kadar PPM..samada kimia@organik bagi mencambahkan tunas yang banyak..
Yakni dicampur ke dalam media..
Insyallah sekiranya kajian ini berjaya ..hasil dari 1/4 mampu menghasilkan berpuluh² tunas baru yang mampu dijadikan benih..

Rasanya kaedah ini akan aku cuba balik nanti...mungkin akan gunakan kaedah hormon organik..

Sunday, October 17, 2010

Permulaan perjalanan kaedah sukuan sendiri E1S1

Hari ini adalah permulaan perjalanan semalaysia.
Banyak lagi yang boleh didokumentasi dan diabadikan ..





Projek sukuan akar dengan hormon IBA..

Bahan dan peralatan :

1. Botol gelap
2. Hormon IBA mengikut PPM
3. Benih sukuan.

Kaedah :

1. Rendam benih yang telah dibersihkan dengan antibakteria dengan IBA semalaman.
2. Bilas dengan air bersih dan rendam dalam botol gelap..
3. Tukar air dalam botol setiap hari.

Biarkan sehingga sebulan.
 

Site Info

Followers

All about pineapple fruit..Aktivitiku Semalaysia Tentang Nanas Copyright © 2009 BeMagazine Blogger Template is Designed by Blogger Template
In Collaboration with fifa